Tuesday, March 16, 2010

Mexican Bun a.k.a Rotiboy...


Salam & hello semua...

Sorry laa coz D nie dah mcm biskut plak!! kejap ade kejap x de...adehhh. Mmg agak bz nk update blog this few days..dengan line yg masih ala2 semput gitu!! hemmm...nasib..nasib..hehehe..

Oklah..nie entry semalam sepatutnye.. my 2nd attempt tuk buat Mexican Bun @ Rotiboy @ Papa Roti @ Mama Roti (huh!! mcm2 nama)..dan alhamdulillah..percubaan kali nie menbuahkan hasil yg mengujakan D & family!! sumer ckp bestt!! sebijik mcm nama2 besar yg D sebut kat atas tuh..pasal last time D buat x berapa nk jadi (bnyak sgt derhakanya kot!!) hehehe...anyway terima kasih kat tuan punye resepi iaitu lilydvalley@myresipi.com dan mintak halal resepi nie yea...ok lah..let's take a view..tq




MEXICAN BUN

Bahan untuk filling

200 gm mentega
1/2 sdk esen vanilla
70 gm gula perang

* Pukul mentega dengan mixer pd kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang. Simpan dlm peti sejuk hingga sedia utk digunakan.

Bahan untuk topping

200 gm mentega
160 gm gula aising
3 biji telur -grade A
1 sdk perisa kopi/kopi emulco/instant coffee (larut 2 sdb instant coffee dgn 1 sdb air panas)
200 gm tepung gandum( diayak )

* Putar mentega dgn mixer pd kelajuan sederhana selama 5 min. Perlahan2 masukkan telur, gula aising & coffee flavouring. Kemudian masukkan tepung gandum ke dlm adunan dan putar lg hingga sebati. sejukkan dlm peti sejuk hingga sedia utk digunakan.

Doh Roti

500 gm tepung roti/ high protein
2 sdk bread improver/bread softener (optional-D x pakai pon)
20 gm susu tepung
75 gm gula kastor
3 sdk dry yeast
1 sdk garam
1 biji telur (dipukul)
250 ml air
60 gm mentega

Cara2:-
  1. Satukan tepung, gula, yeast, bread improver/softener ( jika guna ) dan garam di dlm mangkuk.
  2. Masukkan telur dan air. Uli adunan hingga menjadi separa doh dan masukkan mentega. Kemudian uli lagi hingga menjadi doh yg lembut & elastik selama 10 min.
  3. Bahagikan doh kepada 17 biji bola kecil dan tutup dgn cling film. Biarkan selama 10 min lg.
  4. Leperkan doh di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak terkeluar sewaktu dibakar.
  5. Susun atas loyang pembakar yg dilengser dgn minyak/mentega dgn jarak 7 cm tiap2 roti.
  6. Rehatkan selama 45 min di tempat panas (warm)
  7. Pipekan topping di atas roti secara spiral bermula dari top centre.
  8. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan pd suhu 170 C selama 15-20 min.

No comments:

Post a Comment