Friday, March 5, 2010

Ikan Kukus Sambal Asam


Lagi satu lauk yg best utk D kongsikan bersama ngan all of u..ekceli lauk nie mak D dpt dari menghadiri satu kenduri seorang saudara juga...dikatakan juga lauk nie adalah Boyan Cruisine!!! x tau tul ke x..tp lbh kurang sama jer ngan lauk2 biasa kita..x per..klu u all minat leh try yea...D akn bagi resepinye..

Ikannye perlu dikukus terlebih dahulu..manakala sos/sambal asam 2 disira kemudian semasa hendak dihidangkan...tp rasanyee...mmg sedap utk yg x brape selera nk mkn..klu pekena lauk nih..sure terangkattt!!ekeke...

Bahan2nya:-

4 ekor ikan (D guna ikan kembung/pelaling-sederhana besar)
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bwg putih
30 biji cili api ( suka nk lebih atau kurang)
3cm belacan
1/2 cawan air asam jawa (buat pekat sket)
1 biji bawang besar (mayang bulat2 halus)
5 biji limau kasturi (ambil jus saje)
3 sdb gula (-/+)
1/2 sdk garam

Cara Membuatnya:-
  1. Bersihkan ikan kemudian garamkan sedikit..kemudian kukus selama 15 minit. Ketepikan.
  2. Rebus bawang merah, bawang putih dan cili api sampai agak masak (cili api jd layu). Kemudian toskan.
  3. Blender bahan2 yg direbus td bersama dgn belacan dan air asam jawa. Letak ke dalam mangkuk.
  4. Kemudian, perasakan bahan yg diblender tadi dengan garam dan gula. Seterusnya masukkan bawang yg dimayang halus dan jus limau kasturi. Gaul sebati sambal asam dan akhir sekali tuangkan sambal asam ke atas ikan yg telah direbus tadi. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment