Showing posts with label cuppies. Show all posts
Showing posts with label cuppies. Show all posts

Sunday, March 7, 2010

Choco Cupcakes



Chocolate cupcakes nie merupakan tempahan oleh seorang kenalan D di Sungai Besi..iaitu Kak Nana..beliau buat birthday party anaknye. Beliau mmg request plain choco cupcakes..x mau krim2 or topping2..Harap Kak Nana suke yea...n enjoyyy...tq.

Choco Cupcakes

Bahan A/ayak

250 gm tepung naik sendiri
40 gm serbuk koko

Bahan B

100 gm gula kastor
120 gm gula perang
4 biji telur
50 gm susu segar

Bahan C

250 gm mentega

Cara Membuatnya:-
  • Campurkan bahan A & B. Putar sampai adunan pekat selama 3 minit.
  • Dalam bekas lain, putar mentega hingga kembang dan gebu. Kaup dan balikkan mentega ke dlm adunan yg dipukul pekat td.
  • Masukkan ke dlm cawan kertas 3/4 penuh. Bakar pd suhu 200 darjah selama 20 minit.

* Resepi:Sumber daripada Majalah SAJI Edisi Desember 2009

Tuesday, February 16, 2010

Carrot Cupcake....




Dah lama nk buat Carrot Cake sbnarnye...tp x pernah nk realisasikan keinginan D nie..tp hari nie akhirnya..dapat juga D membuatnye!! opppss..D mulakan dgn cupcake dulu..maybe next time D buat Carrot Cake sebijik pulak...hehehe..

Hati mula terbakar bila tgok kat blog Sesedap Rasa Jee oleh adik Syazwani Adnan kita 2 duk tayang carrot cake jer brape hari nie...Syazwani kata senang jer nk buat..hehehe..tp mmg senang jer..cuma tinggal nk ngan x nk jer buat!!

Resepi asal Carrot Cupcake nie D ambil dr website MyResepi.com dan resepinye oleh skyblue. Credit to skyblue for this great recepi!!...D x der buat topping pon..just sprinkle some powder sugar jer atasnye tuh!! bak kata Datuk Chef Wan kita, pakaikan dia bedakkk!!...ekekeke..enjoy viewing..

RESEPI CARROT CUPCAKES

1-1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula halus-D guna gula kastor
3/4 sdk baking powder
1/2 sdk serbuk nutmeg- D x pakai pun
1/4 sdk serbuk cinnamon
secubit garam
1 cawan lobak merah diparut
2 biji telur
3/4 cawan minyak masak
1/2 cawan walnut yg dicincang

Cream Cheese Frosting

2 cawan gula aising
120 gm cream cheese
1 sdk lemon butter/kulit lemon yg diparut

Cara-cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Lapiskan loyang muffin dgn paper cupdan ketepikan.
  2. Ayak dan masukkan semua bahan2 kering kecuali walnut ke dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan lobak merah, telur dan minyak. pukul hingga sebati. Masukkan walnut dan kacau hingga rata.
  4. Isikan papercup td dengan adunan 3/4 penuh. Bakar selama 20-25 minit.
  5. Sementara itu sediaan cream cheese frosting. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau hingga jadi creamy.
  6. Bila cupcake telah sejuk, sapu 1 sudu besar cream cheese frosting ke atas cupcake dan hiaslah mengikut suka.